Rencana yang tidak memenuhi garis panduan kemashyuran Wikipedia:Kelayakan

Sekiranya rencana gagal memberi sumber rujukan yang mencukupi bagi membuktikan kemashyuran subjek tersebut, cari sumber itu sendiri, atau:

  • Tanya pencipta rencana bagi nasihat di mana sumber rujukan boleh didapati.
  • Letakkan tag {{notability}} pada rencana bagi memberitahu penyelia lain. Untuk meletakkan tag bertarikh, letakkan tag {{subst:dated|notability}}.
  • Sekiranya rencana mengenai bidang khusus, gunakan tag {{expert-subject}} dengan khusus WikiProjek bagi menarik penyelia/penyunting yang berpengetahuan dalam bidang tersebut, yang mungkin memiliki sumber boleh diharap yang tidak terdapat di Internet.

Sekiranya sumber bersesuaian tidak dijumpai, kami mempertimbang supaya kandungan rencana digabungkan dalam rencana yang memberikan konteks lebih umum.

Senarai berdiri sendiri

Misalnya, rencana watak kecil dalam sesebuah karya cereka wajar digabungkan menjadi "Senarai watak kecil dalam ..."; rencana tentang sekolah wajar digabungkan kepada daerah-daerah di mana letaknya sekolah-sekolah tersebut; saudara-mara seseorang tokoh wajar digabungkan kepada rencana tokoh tersebut; rencana bagi tokoh yang hanya dikenali kerana dikaitkan dengan kelompok atau peristiwa tertentu patut digabungkan ke dalam rencana utama kumpulan atau peristiwa itu.